Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

"Farid Kamil Seorang Misteri" -David Teo


Pelakon dan pengarah, Farid Kamil sehingga kini dilihat lebih suka mendiamkan diri daripada memberi sebarang komen kepada pihak media berhubung beberapa kontroversi yang menghimpit dirinya dan isteri, Diana Danielle. Selain, tidak menjawab panggilan telefon, Farid juga sukar ditemui di mana-mana acara hiburan.


Peluang bertemu dengan penerbit filem David Teo baru-baru ini membuka peluang kepada pihak media merisik khabar tentang Farid Kamil kepadanya memandangkan David mempunyai hubungan baik dengan pelakon ini. Malah, David juga merupakan individu terawal yang memuat naik gambar bayi Farid Kamil dan Diana Danielle.

"Buat masa ini saya pun tidak tahu di mana Farid berada. Tetapi saya ingat dia berada di Australia menemani isterinya. Memang dia ada hubungi saya tidak beberapa lama dahulu dan maklumkan ingin pulang ke Malaysia, tetapi sehingga kini dia senyap sahaja. saya tidak hairan dengan sikap Farid ini. Dia suka buat apa yang dia suka.

Sepanjang 10 tahun dia bersama saya (MIG), dia memang seorang yang misteri. Apa-apa yang dia lakukan, memang dia tidak akan beritahu kepada saya. Bagaimanapun, dengan situasi sekarang ini, saya percaya Farid sedang melakukan yang terbaik. Dia sedang menjadi seorang suami dan ayah yang terbaik. Sebagai seorang lelaki yang matang, sudah tentu Farid tahu apa yang dia lakukan. Saya menunggu dia balik ke sini. Atau mungkin juga saya pergi melawat dia di sana (Sydney)," Ujar David Teo.

Sementara itu, David turut memaklumkan sehingga kini dia juga belum tahu nama bayi sulung Farid Kamil dan Diana Danielle.

"Kalau Farid maklumkan saya nanti, saya pasti akan umumkan di akaun Instagram miik saya. Jadi, rajin-rajinlah 'follow' saya," ujar David dalam nada berseloroh.
sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved