Menurut Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, sekiranya seseorang itu berfikiran serta berpandangan jauh mengenai perkara itu, sudah tentu mereka akan mengambil tindakan seperti beliau untuk menjamin masa depan.
“Dalam isu ini (insurans suara), sebenarnya saya tidak hendak bercakap mengenainya lagi, buat orang keliru saja. Bagi saya, hanya orang yang berpandangan serta berfikiran jauh saja yang faham mengenai tindakan saya itu.
“Ia sebenarnya insurans kesihatan tapi dikhususkan kepada suara, namun disebabkan masyarakat menganggap ia perkara baru di negara ini, maka ia terus menjadi isu.
“Tapi kalau orang lain tidak mahu buat apa yang saya lakukan ini, tidak apalah. Saya mengambil tindakan ini bagi menjamin kerjaya saya,” katanya kepada pemberita selepas majlis Iftar Ramadan Hot FM Kelatae, di sini, malam kelmarin.