Bunyinya pelik tetapi seorang pemuda dari Universiti Cape Town, Afrika Selatan, Ludwick Marishane telah memenangi 2011 Global Student Entrepreneur of the Year kerana mencipta kaedah mandi tanpa menggunakan air!
Bermula dari usikan seorang kawan yang sering menegurnya kerana malas mandi, Marishane telah mendapat idea dan mula membuat kajian melalui carian di Google menggunakan telefon bimbitnya.
Dia kemudiannya telah membuat business plan untuk membangunkan sejenis cecair anti-bacteria yang selamat disapu ke seluruh badan tanpa perlu mengelap atau membilas menggunakan air.
Cecair yang mulanya dijual dalam paket-paket kecil dijual pada harga $1.50 dengan kosnya hanya $0.50. Produk ini mendapat sambutan baik di kalangan pengguna termasuk syarikat penerbangan dan pengendali hotel.
Inilah salah satu cara paling mudah untuk menjimatkan penggunaan air di dalam penerbangan dan juga di hotel-hotel. Ianya elok digunakan oleh mereka yang mempunyai penyakit kulit kronik seperti trachoma dan diarrhoea.
Badan kebajikan juga menunjukkan minat yang tinggi terhadap produk ini untuk didermakan kepada mereka yang memerlukan seperti penduduk negara-negara miskin.
Rujuk Headboy-org untuk keterangan lanjut.