Home
>
Bersyukurlah Dengan Apa Yang Kita Ada
Bersyukurlah Dengan Apa Yang Kita Ada
Gambar di atas adalah gambar salah seorang pelajar yang sedang menuntut di Kolej Matrikulasi labuan.
Seperti yang anda lihat, inilah salah satu pelajar yang mempunyai ketabahan hati dan kecekalan jiwa dalam menuntut pelajaran walaupun serba kekurangan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Pelajar ini hanya dapat menulis jika berbaring dengan jarinya yang berada ditangganya yang lebih pendek.
Pelajar yang berasal dari Sandakan ini bukan berasal dari keluarga yang senang. Ibunya hanya seorang suri rumah dan ayahnya bekerja sebagai pekerja biasa di Lmebaga Pelabuhan.
Dengan bantuan para pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan dia tetap tabah mengharungi dugaan kerana belajar di Matrikulasi bukanlah sama seperti belajar di sekolah seperti biasa.
Ini adalah pelajar OKU kedua yang belajar di Kolej Matrikulasi Labuan, dimana sebelum ini ada seorang pelajar yang tidak mempunyai kaki sebelah juga menuntut di tempat yang sama.
Kita insan yang sempurna dari segi tubuh badan, pernahkah kita terfikir betapa banyak lagi saudara-saudara yang lain di luar sana ingin menuntut ilmu tetapi menghadapi masalah dari segi kewangan dan kesempurnaan..
Di bulan yang mulia ini, cubalah ambil masa sedikit untuk muhasabah diri sendiri..
Ranking: 5