Mangsa ditemui mati terlentang dalam salah sebuah tandas di stesen minyak Batu Ferringhi.
BATU FERRINGHI - Penemuan mayat seorang lelaki mengungkai misteri sebuah tandas berkunci selama tiga hari di sebuah stesen minyak di sini, semalam.
Salah seorang kakitangan berkata, ia adalah kejadian pertama kali yang berlaku di situ sejak stesen berkenaan dibuka dua tahun lalu.
Menurutnya, salah seorang rakannya terhidu bau busuk dari dalam tandas berkenaan dan berasa tidak sedap hati.
“Lalu kami mengambil langkah memecahkan pintu tandas kerana ia terkunci dari dalam tandas.
“Rupa-rupanya ada mayat dalam tandas tersebut dan kelihatan sudah lama kerana mukanya seperti kebiru-biruan, kemudiannya kami menghubungi anggota polis,” katanya kepada Sinar Harian.
Kakitangan tersebut turut memaklumkan kerja pembersihan tandas dilakukan setiap hari tanpa gagal.
Namun ketika kerja pencucian hendak dilakukan, pekerja pembersihan mendapati salah satu tandas berkenaan dikunci dari dalam dan menyangka ada orang yang sedang menggunakannya.
Tambahan pula, stesen berkenaan sememangnya menjadi tumpuan berikutan terletak berhampiran restoran makanan segera 24 jam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa, Wong Nun Hwa, 42, dari Mount Erskine itu didapati mati akibat penyakit sawan.
Menurutnya, tiada unsur jenayah direkodkan dan mangsa hanya mati disebabkan serangan sawan berkenaan.
sumber: sinar harian
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment