Jika diperhatikan aktres Hanez Suraya boleh dikatakan di antara selebriti yang bijak bergaya mengikut tema majlis yang dihadirinya.
Mengakui mengagumi stail serta gaya yang diketengahkan oleh Fazura dan Scha Alyahya yang sentiasa nampak trendy dan bergaya walaupun hanya mengenakan pakaian ringkas.
Selain itu, Hanez mendedahkan obsesnya terhadap sepatu sehinggakan dia sendiri tidak mengetahui jumlah sebenar kasut yang sudah dimilikinya kini.
“Bagi saya, kasut dan handbag lebih kepada jenama manakala baju pula saya tidak mementingkan jenama. Saya berpendapat yang baju tidak perlu dibazirkan dengan membeli jenama yang mahal-mahal kerana kita selalu bertukar baju,” katanya yang dipetik menerusi portal Gua.
Dalam perkembangan lain, wajah aktres ini boleh dilihat menerusi lakonannya dalam drama bersiri terbaru berjudul Love You Mr Arrogant yang turut dibintangi Azlee Khairi, Zara Zya dan Keith Foo.
sumber : http://www.siakapkeli.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment