Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Fizo Omar Bakal Tunang Gadis Bertudung


Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba timbul cerita kononnya pelakon serta pengacara Fizo Omar bakal mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis pada tahun ini. Berita ini sedikit sebanyak mengejutkan ramai peminatnya memandangkan pengacara program bual bicara, ‘Nasi Lemak Kopi O’ ini tidak pernah mendedahkan identiti kekasih barunya itu.
Bagi mengetahui kesahihan mengenai perkara ini, GUA bertanyakan sendiri kepada tuan empunya badan dan Fizo yang pada mulanya agak keberatan untuk mengulas mengenai perkara ini akhirnya akur menjawab soalan yang diajukan.

“Cukuplah saya cakap ya (akan bertunang). Saya tak berani nak cakap lebih memandangkan perkenalan kami masih baru lagi iaitu dalam masa beberapa bulan saja. Jika tiada halangan, perancangan bertunang itu InsyaAllah pada tahun ini kerana bagi saya, lagi cepat lagi bagus,” ujar jejaka berusia 28 tahun ini yang enggan mendedahkan identiti bakal tunangnya itu.

“Apa yang boleh saya cakap, dia bukan selebriti. Saya selesa dengan dia sebab pemikiran kami sama kerana dia pun ke arah bisnes. Saya juga tertarik dengan sikap sopan yang ada pada dirinya serta penampilannya yang bertudung.” 

Umum mengetahui Fizo baru saja putus cinta dengan wanita bernama Haas Jaafar sejak enam bulan lepas selepas menyulam cinta selama dua bulan. Ditanya tidakkah keputusannya untuk bertunang dibuat terburu-buru memandangkan dia baru saja mengenali wanita tersebut, Fizo mempunyai jawapan tersendiri.

“Mungkin sudah sampai masanya untuk saya hidup berkeluarga. Saya juga seperti orang lain yang ingin mempunyai keluarga sendiri, isteri serta anak sebelum ingin lebih memfokuskan diri kepada karier seni dan perniagaan. Alhamdulillah, rezeki saya pun semakin murah jadi tiada apa yang nak ditunggu lagi. Ibu pun dah bagi lampu hijau dan kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami.

Saya percaya pada naluri dan rasa dia yang terbaik untuk saya. Saya rasa lebih baik bercinta selepas berkahwin dan dengan restu ibu, saya rasa ini memang yang terbaik untuk diri saya,” ujar pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar ini ketika ditemui pada majlis pra-pelancaran Kaisar N.D Lala, baru-baru ini.

sumber: gua.com.my
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved