Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Video Suami Belasah Isteri Dalam Lif Tersebar Dilaman Sosial (Video)



Kes pergaduhan yang melibatkan suami isteri ataupun pertengkaran adalah asam garam dalam kehidupan. Namun pertengkaran itu janganlah sampai melibatkan kekerasan. Baru-baru ini, sebuah video suami pukul isteri dalam lif telah tersebar dilaman sosial. 
Rakaman CCTV tersebut telah mencetuskan kemarahan orang ramai dimana seorang lelaki dayus telah memukul seorang wanita yang dipercayai isteri sendiri dengan begitu teruk sekali. Lebih teruk apabila insiden itu berlaku didepan dua orang anak mereka yang masih lagi kecil. Melayukini.net juga difahamkan suspek sedang diburu oleh pihak polis. Anda boleh tonton video di atas ini.
isteri1 isteri2
George Town  – Polis sedang mengesan seorang penjawat awam yang dilihat melaluirakaman CCTV membelasah isterinya di dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini, Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian pukul 4 petang itu.
“Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.
isteri3
Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
Beliau berkata susulan kejadian itu, wanita berkenaan yang mengalami kecederaan pada pergelangan tangan, kepala dan muka sedang menerima rawatan di sebuah hospital di sini.
Mazlan turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan polis tidak menjalankan siasatan terhadap kes itu selepas mangsa membuat laporan pada hari yang sama kejadian itu berlaku.
isteri4
Kami memandang serius kes seumpama ini dan telah memproses IPO (perintah perlindungan sementara) untuk mengasingkan wanita itu daripada suaminya,” katanya.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek supaya menghubungi balai polis berdekatan. – BERNAMA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved