Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Umur baru 18 tahun tapi dah kahwin 11 kali


JAKARTA: Dalam usia baru 18 tahun, Fitriasih dilaporkan sudah mengahwini sebanyak 
11 kali dalam tempoh 11 bulan lalu, dengan lelaki Arab yang berbeza dalam satu-satu masa.

Namun ketika ditanya apa yang menyebabkan beliau mempunyai rekod sedemikian, 
remaja terbabit hanya akan menjawab beliau terdesak berikutan masalah kemiskinan.

Fitriasih adalah seorang daripada ramai wanita yang terbabit dalam perkahwinan 
kontrak di mana lelaki Islam akan membayar sejumlah wang untuk bernikah dengan 
wanita tempatan dalam tempoh singkat sebelum menceraikan mereka.

Perkahwinan dikenali sebagai nikah siri itu didakwa diiktiraf di bawah hukum Islam 
tetapi tidak di bawah undang-undang negeri. Ini bermakna si isteri tidak boleh membuat 
tuntutan perundangan terhadap kekayaan atau harta suaminya selepas mereka mengakhiri 
perkahwinan berkenaan.

Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalah gunakan oleh lelaki yang 
hanya mahu menjalinkan hubungan seks selain perkahwinan pertama mereka tetapi 
tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar.

Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan 
poligami tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa Anshori, 
ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar Indonesia kepada 
akhbar Indonesia, Jakarta Globe.


Sebelum beliau ditahan Rabu lalu dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa 
di Puncak, Fitriasih meraih pendapatan lumayan dengan berkahwin dan bercerai lelaki 
Asia barat dengan mendapat bantuan seorang orang tengah dipanggil Mami.

Perkahwinan terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga lima minggu dan
Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi ‘tugas isteri’ yang 
dipikulnya. Daripada jumlah itu 20 peratus diserahkan kepada Mami yang mengendalikan 
tawaran dan rundingan.

“Saya mempunyai seorang ‘orang tengah’. Beliau memberi tunjuk ajar kepada saya,” 
kata Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk soal siasat.

Tugasan terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu seorang ‘unta’ - terma yang 
digunakan orang tengahnya bagi pelanggan Arab - di Tjokro Villas di kampung Ciburial 
berhampiran Bandung.

Katanya, beliau sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis 
diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami.

“Saya sekadar mengulangi apa yang dikatakan guru agama itu. Ia adalah ijab kabul,” 
kata Fitriasih. “Saya tidak tahu dari mana beliau berasal. Saya hanya tiba di tempat 
yang dijanjikan Mami. Majlis itu biasanya diadakan di sebuah villa atau sebuah 
apartmen di mana tetamu Arab itu akan tinggal.

“Ia biasanya dilakukan di Jakarta. Sebaik saja berkahwin kami akan terus ke Puncak. 
Untuk berkomunikasi dengan

mereka, saya boleh bercakap sedikit bahasa Arab dan Inggeris,” katanya. – Agensi

Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved