Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Neelofa Enggan Hidup Bermadu

Kisah rumah tangga Ashraf Muslim yang heboh diperkatakan minggu lalu, turut menarik perhatian pengacara dan pelakon berbakat besar, Nor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa.

Menurut Neelofa, biarpun jodoh merupakan ketetapan ALLAH SWT, namun sebagai seorang wanita dia mengharapkan tidak akan hidup bermadu apabila berumah tangga kelak.

"Saya percaya jodoh, pertemuan setiap orang sudah ditentukan sejak kita berada di Loh Mahfuz lagi. Tetapi jika ditakdirkan berkongsi suami, kita terpaksa menerima dengan seadanya kerana ia ketentuan Ilahi.

"Sekiranya ia berlaku, soal siapa bersalah tidak patut ditimbulkan, sebaliknya harus berbincang agar rumah tangga aman tanpa berlaku percakaran sesama sendiri," kata bekas juara Dewi Remaja 2010.

Bagaimanapun Neelofa berkata, kebanyakan wanita tidak suka hidup bermadu dan lebih rela bercerai supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

"Soal kongsi suami, ia tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya. Namun jika diberi pilihan, saya enggan bermadu. Dan sebolehnya saya ingin calon suami yang boleh membimbing saya menjadi isteri solehah," kata Neelofa yang lebih selesa mendampingi lelaki seusianya.

Turut menyimpan hasrat untuk berumah tangga, ia bagaimanapun belum menjadi keutamaan buat pengacara Nona yang sedang digosipkan dengan aktor kacak, Hans Isaac. Ini kerana fokusnya kini lebih terhadap kerjaya seninya.


sumber : http://kezoom.blogspot.com/
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved