Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Kenderaan rasmi Agong terlibat kemalangan


IPOH - Kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong yang sedang menghala ke utara terlibat kemalangan dengan kenderaan pengiringnya di Km368.9, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Slim River, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Osman Nayan berkata bagaimanapun dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, hanya pemandu rasmi bersendirian dalam kereta Mercedes Benz itu.

"Kereta pengiring cuba mengelak daripada melanggar sebuah kereta lain yang tidak dipastikan nombor pendaftarannya apabila pemandunya memperlahankan kereta secara tiba-tiba.

"Oleh kerana jarak terlalu dekat pemandu kereta pengiring turut membrek sebelum dilanggar dari arah belakang oleh pemandu kereta rasmi Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya kejadian itu berlaku di laluan lurus dan permukaan jalan adalah kering dan berstruktur baik.

Beliau berkata kereta rasmi terbabit mengalami kerosakan di bahagian hadapan manakala kereta pengiring turut terjejas di bahagian belakang.

Pemandu kenderaan rasmi itu dan dua anggota pengiring terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya. - Bernama
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved