Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Isu Kim Kardashian Dihadiahkan Ferrari Oleh Jutawan Malaysia!


Dunia Hollywood beberapa hari ini kecoh apabila Kris Humphries yang kini dalam 
proses penceraian dengan Kim Kardashian mempersoalkan hadiah mewah berupa 
Ferrari yang diterima ketika majlis perkahwinan mereka.

Hadiah tersebut mungkin merupakan hadiah paling mahal yang mereka terima 
sepanjang tempoh perkahwinan mereka yang hanya bertahan selama 72 hari dan 
ianya pemberian seorang rakyat Malaysia bertaraf billionaire.


Selepas mengumumkan yang mereka kini sah berpisah, Kim Kardashian berjanji 
dan nekad untuk memberikan US$200,00 iaitu nilai hadiah perkahwinan mereka 
kepada badan kebajikan.

Namun, menurut bekas suami Kris Humphries mendakwa yang Kim Kardashian 
sengaja tidak memasukkan nilai kereta Ferrari (US$325,000) tersebut dalam kiraan 
jumlah derma yang ingin disumbangkan — yang juga didakwa terlalu rendah.


Sumber terdekat dengan Kim Kardashian mendakwa yang beliau sangat gemarkan 
kereta mewah itu selain sering memandunya keluar & kini telah menukar status hak 
milik ke hak perseorangan.

Peguam Kris Humphries telah meluahkan hasrat untuk menyoal tentang isu ini di 
mahkamah kelak selain memanggil billionaire Malaysia itu nanti sebagai saksi.
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved