Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Berita Majlis Tunang Rozita Che Wan Adalah Palsu

Berita Majlis Tunang Rozita Che Wan Adalah Palsu























KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2013: Syawal ketiga yang lalu, kecoh sana-sini mengatakan pelakon sensasi 
Rozita Che Wan (Che Ta) telah mengadakan majlis pertunangan bersama aktor Zain Saidin di kediaman
keluarga aktres berkenaan di Alor Setar, Kedah.


Ianya berikutan apabila ada pihak yang telah menyebarkan berita palsu berkenaan majlis berkenaan
di laman Instagram, sedangkan majlis yang dimaksudkan adalah majlis rumah terbuka hari raya
keluarga Che Ta.

Pihak pengurusan Che Ta iaitu Afeeq Iqnarcio berkata, ramai yang tersalah anggap berkenaan majlis
itu selepas tersebarnya gambar-gambar di laman Instagram seorang peminat baru-baru ini.

Kata Afeeq, memang tidak dinafikan pada majlis rumah terbuka itu Zain Saidin turut datang dengan
pakaian serba hijau sedondon dengan Che Ta, semata-mata bagi memenuhi warna tema acara
berkenaan.

"Sebenarnya saya juga agak pelik apabila ramai pihak media yang bertanyakan tentang majlis
berkenaan. Sedangkan setahu saya, itu adalah majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh keluarga
Che Ta di Alor Setar.

"Kehadiran Zain Saidin ke sana hanyalah sebagai memenuhi undangan Che Ta dan oleh kerana itu
jugalah ramai pihak yang tersalah faham dengn menganggap itu adalah majlis pertunangan mereka
berdua. Tidak sama sekali.

"Harus saya nyatakan di sini, pihak pengurusan Che Ta akan memaklumkan majlis hari bahagia
dia bersama Zain dan tentunya pihak media serta peminat sama sekali tidak akan dilupakan,"kata
Afeeq sebagai menjawab spekulasi yang timbul.

Tambah Afeeq lagi, pihak Che Ta telah memilih untuk tidak mengadakan sebarang majlis
pertunangan sebaliknya akan dilaksanakan terus dengan sebuah majlis pernikahan serta resepsi
khusus buat peminat tersayang.

Jelas pihak pengurusan Che Ta itu lagi, pihaknya sangat sedih apabila berita tidak benar seperti
itu tersebar dengan cepat sehingga mewujudkan spekulasi yang dapat menjatuhkan air muka
kedua-dua belah keluarga pasangan bercinta itu.

"Acara rumah terbuka adalah salah satu acara yang sering dilaksanakan Che Ta sekeluarga. Tak
sangka pula ada individu yang telah memberikan informasi berbeza di laman sosial.

"Bagaimanapun menjadi tanggungjawab kami untuk menjelaskan apa yang kurang tepat," katanya 
yang memberi tahu Che Ta akan tampil sebagai penyampai anugerah pada majlis Anugerah Lawak
Warna pada 16 Ogos ini.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved