Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

AMY SEARCH MASIH 'POWER', MAHU TAMBAH ANAK

Terkini Artis Lagenda Amy Search Masih Lagi 'Power' dan Mahu Tambah Anak!


Terkini artis kumpulan lagenda rock iaitu Amy Search terhibur dengan anak-anaknya yang masih kecil, malah Amy iaitu bapa kepada Nabila Huda ini turut berniat untuk tambah anak kerana masih kuat superpower! Lagipun isteri Amy Search masih berumur 32 tahun, kira muda lagi dan banyak masa untuk tambah anak kalau ada rezeki. Kalau anda perasan, isteri Amy Search nampak lebih tinggi daripadanya, orang tua-tua cakap selalunya lelaki tersebut bertuah dan banyak rezeki. Hehe.. apa rahsia Amy Search masih power di pentas dan di rumah ya? Kongsilah bersama peminat anda! Amy Search terbaru akan membuat konsert lagi selepas Hari Raya Aidilfitri, nantikan kemunculannya.


Gambar Foto Amy Search dan Isterinya Norhaniza Hassan

Amy Search Diusia Lanjut Terhibur Dengan Anak Masih Kecil

Vokalis kumpulan Search iaitu Amy tidak melihat usianya sekarang sebagai satu masalah untuk membesarkan tiga anaknya yang masih kecil ketika usianya sudah mencecah 55 tahun.

Amy atau nama sebenarnya (Gambar Foto) Suhaimi Abdul Rahman, berkata, dia merasakan ia merupakan masa paling sesuai untuknya meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.

"Saya tidak tahu tentang orang lain tetapi bagi saya sekarang adalah masa paling sesuai untuk membesarkan anak-anak dan melakukan aktiviti bersama mereka.

"Pada usia sekarang dengan adanya anak kecil membuatkan hidup saya lebih meriah dan sempurna," kata Amy Search sebelum ini sakit jantung kepada wartawan.


Keluarga Amy Search dan Norhaniza Hassan serta Anak

Keluarga dan Anak-Anak Amy Search

Perkahwinan keempat vokalis tersohor itu dengan Norish atau nama sebenar (Gambar Foto) Norhaniza Hassan, 32 tahun, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 9 tahun, Sania Samara, 8 tahun, dan Qaqa At-Tameemi, 4 tahun.

Malah menerusi perkahwinan terdahulu, Amy mempunyai dua anak, Nabila Huda, 29 tahun, serta Irisha Myra, 16 tahun, (di luar negara).

Dalam perkembangan sama, Amy berkata, dia tidak pernah berasa penat melayan karenah anak-anaknya kerana bagi dia itu adalah hiburan buatnya apabila berada di rumah.

Tambah Amy lagi, pada usianya sekarang kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka juga berbeza dan mengakui lebih bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya.


Amy Search Terasa Masih Muda dan Power

Amy Search Tidak Rasa Seperti Datuk Bermain Cucu

"Kebiasaannya lelaki sebaya saya akan bermain dengan cucu tetapi saya masih melayan anak kecil dan ia tidak sedikit pun membuat saya penat kerana mereka adalah hiburan saya apabila berada di rumah.

Sementara itu, Amy berkata, dia ada bercadang untuk menambah bilangan ahli keluarga namun meletakkan perkara itu kepada rezeki dan ketentuan Allah.

Dalam pada itu, Amy berkata, selepas sambutan Aidilfitiri dia dan Search akan kembali ke studio untuk merakamkan album terbaharu bersama labelnya sendiri. 

Sumber :  Mstar.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved