Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

'Adnan Sempit 3' Tampil Komedi Ringan


Filem 'Adnan Sempit 3' yang merupakan filem yang ke-79 terbitan MiG sudah mula ditayangkan di pawagam bermula 8 Ogos, bersempena dengan sambutan Hari Raya. Buah tangan terbaru pengarah prolifik Ismail Bob Hasim, filem ini juga merupakan filem kedua dari francais 'Adnan Sempit' yang diarahkan olehnya selepas 'Adnan Sempit 2'.


Adnan, lakonan Shaheizy Sam, akhirnya berkahwin dengan gadis pilihan hatinya, Nadia (Intan Ladyana). Rakan mereka, Bobby (Along Raja Lawak) dan Wawa (Yana Samsudin) juga turut melangsungkan perkahwinan mereka.


Pada permulaan cerita, penonton disajikan dengan pelbagai persediaan yang telah mereka lakukan untuk memastikan malam pertama sebagai pasangan suami isteri berjalan lancar. Pelbagai cara dan petua digunakan sehingga menimbulkan keletah yang lucu.


Konflik mula tercetus apabila Nadia dan Wawa didapati hamil. Adnan mendapat alahan yang sangat teruk akibat kehamilan isterinya. Nadia pula mengalami simptom wanita hamil di mana dia berasa baran dan ‘moody’. Ini membuatkan hubungan mereka suami isteri terjejas sehinggakan Adnan merasakan dirinya seolah-olah dipinggirkan. Bobby pula berdepan masalah kesempitan wang untuk membiayai kos bersalin Wawa.


Masalah menjadi besar apabila Adnan dihantar ke Melaka oleh bapa mertuanya, Dato’ Ithnin (Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar) untuk menguruskan bisnes milik keluarga. Pemergian Adnan ke sana membuatkan dia berkenalan dengan Zita (Shima Anuar), seorang gadis yang minat dengan sukan permotoran. Lama-kelamaan, hubungan Adnan dan Nadia menjadi semakin jauh.


Bobby turut mengalami masalah dalam perhubungannya dengan Wawa apabila Bobby terpaksa melibatkan diri dalam perlumbaan haram bagi mendapatkan wang untuk kos rawatan Wawa semasa bersalin nanti. Malangnya, perbuatan Bobby dapat diketahui Wawa.


Seperti biasa, filem ini akan membuatkan para penonton tidak kering gusi kerana lawak-lawak yang ditampilkan oleh para pelakonnya. Filem ini dilihat berada dalam zon selesa, sama seperti filem-filem keluaran MiG yang lain. Apa yang akan menarik peminat ke panggung adalah para pelakon yang ditampilkan. Sam dan Yana sudah mempunyai ‘fan base’ yang amat kuat dan semestinya para peminat mereka akan menjengah ke pawagan berdekatan.


Para pengikut siri filem 'Adnan Sempit' sebelum ini juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui bagaimanakah jalan cerita kehidupan Adnan seterusnya. Komedi yang ditampilkan komedi ringan, sesuai untuk mereka yang ingin bergelak tawa di dalam panggung.


Filem: Adnan Sempit 3
Dibintangi oleh: Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak dan Shima Anuar
Genre: Komedi
Info: Jika dalam filem pertama dari siri filem 'Adnan Sempit' mengisahkan Adnan meminati aktiviti rempit tetapi dia bukan seorang mat rempit, filem kedua pula menyaksikan Adnan menyesuaikan diri dalam bidang korporat sehingga tercetus komedi menerusi penggunaan bahasa Inggeris kurang fasih. Filem ketiga pula menampilkan bagaimanakah Adnan memasuki alam berumah tangga seperti menjadi suami dan bapa.
Rating: 3/5

via - guadotcom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved