Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Siti Tak Benar Datuk K Tunggang Motorsikal, Beri Motor Pada Saudara

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui masih fobia dan tidak akan mengizinkan Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa menunggang motosikal berkuasa tinggi bagi mengelak berulangnya kemalangan yang menimpa suaminya di New Zealand pada 13 Disember lalu.
Siti Tak Benar Datuk K Tunggang Motorsikal, Beri Motor Pada Saudara


Kata Siti Nurhaliza lagi, suaminya yang juga dikenali sebagai Datuk K sebenarnya masih berminat untuk menunggang motosikal berkuasa besar tetapi beliau masih trauma dengan kemalangan tersebut.



"Selepas kemalangan di Queenstown, New Zealand tujuh bulan lalu, Datuk K telah beri beberapa buah motosikal berkuasa besar miliknya kepada saudara-mara terdekat sebab dia tidak mahu lagi menunggang kerana fobia.

"Dalam hati kecil ini, saya tidak izinkan suami saya tunggang motosikal lagi," katanya.

“Walau bagaimanapun, program bersama persatuan motosikal berkuasa tinggi tetap saya akan sertai terutama membabitkan perhimpunan besar atau aktiviti kebajikan,” tambahnya lagi.



Siti Nurhaliza berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Gabungan Kelab Bikers Pahang bersama 360 orang anak yatim di Padang Awam Kubang Gajah di sini malam kelmarin.

Dalam perkembangan terbaru beliau, Siti Nurhaliza bakal keluar dengan album baru di bawah label Universal Music Malaysia yang khabarnya mencecah kos RM200,000.
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved