Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Nad Zainal Jadi Isteri Izzue Islam

Nad Zainal

Dalam pertemuan dengan Nad Zainal pada petang Selasa, pelakon kecil molek ini mendedahkan dia bakal menjadi Izzue Islam tidak lama lagi. Jelas Nad, dia sangat teruja untuk tanggungjawab terbarunya itu.

Bagaimanapun, jangan terlalu cepat membuat spekulasi. Nad bukan mahu merampas Izzue daripada isteri yang baru dinikahi lelaki itu, jauh sekali mahu bermadu. Sebaliknya, Nad akan berkahwin dengan Izzue untuk pementasan teater 'Maduku Kalut'.

Dalam temubual bersama pihak media, Nad memberitahu dia sangat teruja dengan dengan projek terbarunya itu. Nad mengakui tawaran yang diperolehinya itu diibaratkan bulan jatuh ke riba kerana dia memang sudah lama menyimpan angan untuk beraksi di pentas berprestij, Istana Budaya (IB).

“Saya sudah biasa dengan selok belok di IB kerana pernah menjalankan latihan praktikal di IB sewaktu menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), namun lebih kepada kerja-kerja belakang tabir,” kata Nad ketika ditemui di sidang media teater terbabit pada Selasa.

Memegang watak Mimi, Nad menjadi isteri kedua kepada Izzue. Jelas Nad, watak itu begitu kontra dengan dirinya kerana dia diamanahkan menjadi seorang individu yang manja dan gedik untuk pementasan teater berunsur komedi tersebut.

“Watak isteri kedua tersebut begitu berbeza dengan isteri pertamanya yang begitu garang yang bakal dilakonkan oleh Jihan. Ini juga merupakan pertama kali saya diamanahkan untuk menjayakan watak manja dan gedik. Saya harap menjadi karakter tersebut menjadi kerana bukan mudah untuk saya memikul tanggungjawab tersebut,” ujar Nad.

Berkongsi cerita tentang Ramadhan kali ini, Nad memberitahu bahawa Nasi Kerabu merupakan juadah berbuka puasa kegemarannya dan tidak kisah sekiranya setiap hari berbuka dengan makanan Pantai Timur tersebut. Dia juga begitu menggemari air berkarbonat ketika berbuka walaupun tindakan tersebut sering kali membuatkan Nad sakit perut.
sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved