Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

KERETA TUNKU MAHKOTA JOHOR

Kereta TMJ

JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebentar tadi bertitah akan memberikan ganjaran bukan sahaja kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) malah kepada pasukan Johor sekiranya JDT berjaya menjulang Piala FA pada 29 Jun nanti.

Bagaimanapun, Tunku Ismail enggan mendedahkan bentuk ganjaran yang bakal diterima oleh kedua-dua pasukan itu.

"Kedua-dua pasukan ini akan menerima ganjaran setimpal dengan usaha dan kejayaan yang diraih mereka.

"Walaupun pasukan Johor tidak bertanding tetapi mereka akan tetap menerima kerana mereka juga pasukan saya," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Majalah Harimau Selatan di Persada Johor di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail menyifatkan, kejayaan melangkah ke final Piala FA merupakan satu pencapaian terbaik yang diraih pasukannya.

"Masuk final ini sudah cukup baik berbanding musim lalu. Ini menunjukkan mereka meningkat secara mendadak," titahnya.

Pada perlawanan akhir yang penuh debaran itu nanti, JDTakan menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun ini. - KOSMO!


Sekitar Majlis Perasmian Majalah Harimau SelatanDirasmikan Oleh Tunku Mahkota Johor.
Turut Serta Pemain-pemain JDT Dan JFA...!!

Luaskan Kuasamu..!!~




Kereta TMJ Semasa Pelancaran Majalah Harimau Selatan



Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved