Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Fida Serah Pada Takdir


Bergelar artis popular dan jelita bukan tiket ekspres yang menjamin kebahagiaan dalam perhubungan cinta. Perihal sama paling tepat menggambarkan kisah peribadi pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau lebih mesra disapa Fida.


Katanya, bagi yang tidak mengenalinya secara dekat mungkin ada yang tersalah anggap dan melabelnya sebagai wanita yang kerap bertukar pasangan kekasih. 

“Kalau orang yang mengikuti cerita peribadi saya sejak awal, mesti ada yang menganggap saya seorang yang tidak serius dalam hubungan cinta kerana sudah beberapa kali pasangan saya silih berganti. Padahal orang luar tidak tahu saya memang kurang bernasib baik apabila membabitkan soal cinta. 

“Keadaan ini bukan baru bagi saya sebab dari zaman sekolah lagi saya sudah alaminya. Memang dari dulu saya kurang bernasib baik dalam percintaan,” katanya yang berstatus solo.

Penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang ini berkata, tuah yang tidak menyebelahinya dalam percintaan sejak di bangku sekolah membuatkan dia sudah terbiasa menerima kenyataan jika sesuatu hubungan itu tidak berjaya.

“Saya macam sudah terbiasa dengan kegagalan dalam hubungan. Sejak sekolah lagi hubungan cinta tidak berjaya kerana saya berasa rendah diri dengan fizikal sendiri. 

“Kalau nak tahu, saya memang sudah terbiasa dengan situasi hasrat hati ditolak mentah-mentah dan dipersendakan orang lain. 

Kesannya sampai sekarang, saya jadi tak berani untuk terlalu serius dalam hubungan. Lihat saja kisah-kisah cinta saya sebelum ini, semuanya tidak berjalan dengan baik,” katanya. 

Justeru itu, Fida berkata, kini dia enggan memikirkan secara mendalam mengenai soal cinta, tetapi menyerahkannya kepada takdir. 

“Kalau nak jalin hubungan biarlah dengan lelaki yang serius dan bukannya jenis yang main-main. 

Cukup-cukuplah kes-kes saya sebelum ini rasanya saya tak mahu lagi lalui kegagalan hubungan yang tidak serius. 

“Bukan saya kecewa dengan lelaki atau keadaan, tetapi untuk akan datang biarlah lelaki yang serius saja saya pertimbangkan,” katanya. 

Sebelum ini, Fida pernah mengalami kegagalan dalam hubungan dengan pelawak Mamat Sepah dan Zalif Sidek.
sumber : http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved