Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Cool! Justin Bieber Hentikan Konsert Ketika Azan Berkumandang


Justin Bieber seorang remaja miskin yang tiba-tiba menjadi menjadi popular seluruh dunia yang menyebabkannya dirinya tergolong dalam golongan selebriti popular yang mempunyai paling ramai haters. Apapun tindakan bijak penyanyi pop remaja paling popular ini yang menghentikan seketika konsert’nya ketika azan berkumandang di Istanbul, Turkey baru-baru ini mendapat pujian daripada peminatnya kerana dia disifatkan sebagai seorang yang sensitif dan peka terhadap asas kehidupan di negara itu.

Sebelum ini, Bieber banyak menimbulkan masalah sepanjang konsert jelajahnya. Antaranya polis menjumpai dadah jenis Marijuana dan sepucuk senjata elektrik dalam sebuah bas jelajah penyanyi itu di Stockholm, Sweden dan monyet peliharannya telah dirampas pegawai kastam Jerman setelah dia gagal menunjukkan dokumen kesihatan monyet yang diberi nama Mally itu.

Segala kontroversi yang dicetuskannya sebelum ini dikatakan merupakan salah satu daripada cara Bieber untuk menarik kembali perhatian bekas teman wanitanya iaitu penyanyi dan pelakon, Selena Gomez. Malah baru-baru ini, pasangan remaja itu telah dikhabarkan kembali bercinta apabila Bieber memuat naik sekeping gambarnya di akaun Instagram yang menunjukkan Selena Gomez sedang memeluknya dari belakang.


Tapi tak sangka artis popular dunia pun suka propa. Ingatkan artis Malaysia sahaja. LOL! Apapun tahniah Bieber atas sikap menghormati agama dan budaya sesebuah negara lain yang anda kunjungi.
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved