Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Artis : Sebenarnya, Ramai Lagi Artis Pernah Ditipu Adam Davin



Susulan daripada kes tipu seorang pelakon baru, Adam Davin terhadap produser kontroversi Raja Azmi, nampaknya telefon bimbit Murai Batu tak berhenti-henti berdering menerima panggilan.

Paling menarik perhatian Murai Batu apabila ada seorang pengurus kepada beberapa selebriti popular tanah air telah mengadu nasib tentang dirinya dan beberapa orang artis lain yang didakwa pernah ditipu oleh pelakon berkenaan.

Kata pengurus berkenaan, ketika membaca kenyataan Raja Azmi ingin menyunting Adam Davin sebagai pelakon, dia sudah mula rasa tidak sedap hati dan ingin memberi peringatan kepada produser .... Dalam Botol itu supaya berhati-hati.

Bagaimanapun hasratnya itu tenggelam begitu sahaja apabila dari hari ke sehari dia tidak sempat menghubungi Raja Azmi kerana kesibukan dengan tugas harian serta komitmennya sebagai pengurus artis.
Kata pengurus berkenaan kepada Murai Batu, bukan dia, malah beberapa orang artis didakwa pernah mengalami nasib serupa kerana kelicikan pelakon baru berkenaan bermain kata-kata.
Dakwa pengurus berkenaan, Adam Davin pernah memberi tahu dia dan seorang artis wanita bahawa dia merupakan seorang pramugara dan kerap terbang ke sana ke mari.

Kerana percaya dengan tipu daya pelakon lelaki berkenaan, pengurus itu telah mengirimkan wang kepadanya untuk membeli beberapa aksesori dari luar negara yang ternyata jauh lebih murah berbanding di dalam negara.

Bagaimanapun dakwa pengurus berkenaan, selepas wang berkenaan diberikan, mereka tidak mendengar sebarang khabar berita daripada Adam Davin, apatah lagi untuk mendapat barang yang dipesan.
Malah kenyataan Adam Davin yang mengatakan dia seorang pramugara adalah tipu semata-mata.

Begitu juga dengan kejadian yang menimpa seorang artis wanita apabila dia telah ditipu bulat-bulat oleh Adam Davin yang didakwa dia memiliki perniagaan di pusat beli-belah Wangsa Walk, Wangsa Maju.

Bagaimanapun selepas artis berkenaan pergi ke premis perniagannya di pusat beli-belah berkenaan untuk mengambil barang yang dijanjikan pelakon itu, sayangnya pemilik perniagaan berkenaan berkata dia langsung tidak mengenali Adam Davin.

Begitulah beberapa cerita yang diceritakan pengurus artis berkenaan kepada Murai Batu tentang betapa liciknya Adam Davin menipu beberapa individu tertentu.

Malah pengurus berkenaan turut berkongsi lokasi kediaman Adam Davis yang menetap di Seri Rampai, Setiawangsa, jika ada sesiapa yang ingin bersemuka dengan pelakon berkenaan.

Murai Batu tak tahu nak cakap macam mana. Malah tidak tahu mana yang betul atau salah. Tapi jika Adam Davin berani menipu Raja Azmi, maka tidak hairanlah jika dia juga berani menipu orang lain. - Murai
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved